bile aku nak update blog hurm...?
soalan yang ditujukan tuk aku dan ditujukan dari aku tuk aku.
hehe..
Wednesday, August 19, 2009
herm...
Posted by iera at 5:57 PM 2 comments
Wednesday, July 15, 2009
wanna stop blogging.
salam..
post di bawah pasal exam Math aku tu sebenarnya exam tu telah pun ditunda ke 04/08/09. alert ye budak-budak Engin yang ambil Math III.
aku sebenarnya sangat malas tuk blogging sekarang. kenapa? upset? boring? nanti aku fikirkan. tapi untuk masa sekarang, aku memang tak melakukan blog walking ke ape apatah lagi terfikir nak update blog ni.
off to holi-blogging-day. haha..
p/s next week midbreak. balik terengganu. hepi :)
Posted by iera at 2:16 AM 5 comments
Sunday, July 5, 2009
Saturday, July 4, 2009
iera = rara
salam..
erm.. tak tahu kenapa nak update blog malam ni. or should it be pagi? sebab sekarang dah pukul 1.54am. huhu.. teringat cerita semalam. selesai bacaan Yasin selepas maghrib, salah seorang kawan aku di SHAMS dulu, Wan Nabilah called. terkejut. ingatkan ape.. rupanya dia bercerita mengenai scholarship JPA. Nabilah juga menerima scholar JPA di CFS IIUM. teringat perbualan kami [edited]..
Nabilah : aritu kawan saye kabo, scholar kite masuk akhir bulan Julai. dkpun awal Ogos. dahula tu..
aku : hah?? betul ke??
Nabilah : dahu gk ye ke dk. tapi sekarang memang dk masuk agi ar..
huhu.. terduduk aku di tepi katil [tapi memang tengah duduk kat tepi katil pun. hehe..] aduh.. susah jugak bila lambat masuk scholar ni. kalau macam dulu, dapat sekali dengan budak-budak elaun CFS. diaorang dah dapat selasa lepas. kami ni yang tertunggu lagi. tak boleh nak enjoy. huhu.. [maybe sebab tu tak dapat lagi sebab niat dah tak betul. hehe..]
anyway, tak kesahla. ramai yang sudi menghulur. hehe.. petang tadi aku ke Jaya One. pusat beli-belah yang paling hampir dengan CFS PJ. aku ke sana bersama Liza dan Syue. tujuan utamanya nak ke Cold Storage (Liza ngan Syue kan dah dapat elaun. shopping je semedang budak-budak ni. huhu.. saya jelez! hehe..) kemudian kami ke Secret Recipe. tak sangka Liza (tapi dia tengah duet banyak. ape yang tak sangka sebenarnya. eheh..) mengotakan janji nak belanja aku Chicken Cordon Bleu. hihi.. thanks beb..
ni Choc Cheese ngan Choc Strwberry [i guess. huhu..]so kesimpulannya, post ini adalah untuk meluahkan rasa tak puas hati aku sebab scholar tak masuk lagi. oh terasa begitu terseksa apabila diri tidak berduet. dan lagi tersiksas bila tengok orang yang dah dapat scholar belanja sakan. atau mungkin aku je yang jeles. haha.. tak sabar nak balik terengganu. saya sayang terengganu saya!
okei. mengarut. wassalam~
p/s baru je baca email seorang sahabat baik dunia akhirat yang sekarang berada di Jordan. semoga dia sentiasa dalam lindunganNya. semoga cepat sembuh. awak kuat, saya tahu :) jaga diri molek. sangat sayangkan kamu! dan sangat rindukan kamu! hidup baik-baik.. :]
iera = rara = isis = selamat kembali ke utara. semoga aman tanpa internet di sisi.. err.. :)
Posted by iera at 1:44 AM 4 comments
Wednesday, July 1, 2009
[updated : two new posts]
salam..
dh seminggu agaknya aku tak update blog ni. bukan tak nak update tapi kurang berkesempatan. huhu.. by the way, kali ni aku nk postkan dua entri sekaligus. saje buat-buat rajin. hehe..
AGM : Mission Accomplished.
Sebagaimana yang telah aku ceritakan, pada June 25th hari Khamis yang lepas telah berlangsungnya Annual General Meeting, AGM ENGENIUS. majlis yang aku kira berlangsung dengan jayanya (disebabkan kami, committees yangberdedikasi. haha..) kemuncak majlis tak tahu aku nk describekan bahagian mana tapi mungkin yang paling 'gempak' adalah ketika upacara perasmian majlis dan perasmian logo baru ENGENIUS. dengan gimik 'pahlawan' yang membawa logo selain logo yang berputar di atas pentas. tabik spring kat brothers Biro Special Task yang sediakan semua tu. hehe..
Yang lain berlangsung seperti biasa. nomination untuk line up Main Board yang baru pun agak meriah. macam kempen pilihan raya yang betul dengan bising dari penyokong-penyokong calon yang bertanding. wahwah.. hehe.. majlis berakhir dalam pukul 11.30pm. sempatla kami, committees yang berdedikasi ni mencapub dalam Al Malik Faisal Hall (AMF) lepas tu. hehe.. sejam lepas tu, budak-budak Special Task ni buat gathering pulak kat bilik aku sebab nak amik gambar yang kami ambil tadi. (kiteorang terpaksa guna cam henset aku jek sebab takde sorang pun bawak cam. sedih betul. huhu..)

bersama Main Board
Farah (Vice President I), Athirah (General Secretary), Najiha (Treasurer Bureau of Welfare), Maizatun (Committee Bureau of Welfare), Mardhiyah (Head Committee Bureau of Da'wah and Tarbiyyah)
Amiera (Treasurer Bureau of Publication and Information), Liza (Head Committee Bureau of Sports and Recreation), Wardah (Committee Bureau of Publication and Information)
His Smile!!
setelah hampir sebulan aku tak balik rumah, akhirnya malam Jumaat yang lepas, pakcik aku datang ambil untuk balik ke Subang (wuhuu!!!). sangat sukaa dan gumbira. akhirnya dapat balik walaupun tak balik Terengganu. anyway, bercerita pasal Subang, of course la aku dengan terkejutnya tengok adik sepupu kesayangan aku, Si Kecik Rezza dah pun besar! huhu.. dah tumbuh rambut dah pun. dan dah pandai mengekek ketawa. dan dah pandai merajuk kalau orang tak agah dia. dan dah pandai nak main lompat-lompat bila aku pegang dia. dan dah pandai senyum! haha.. weekend baru-baru ni memang weekend yang paling happening. penat tetap penat nak jaga Si Kecik Rezza yang makin besar ni, tapi happy tetap happy tengok dia senyum. comel! sangat comel!
sebenarnya aku dah simpan draft post untuk AGM before ke Subang dan ingatkan nak publish bila sampai ke rumah. tapi tak berkesempatan sebab syok layan Si Kecik Rezza ni. haha.. tak puas main dengan dia. huhu.. mungkin lagi dua minggu aku ke Subang lagi. can't wait to see him!! hehe..


minggu ni aku ada banyak assignments dan minggu depan ada 3 quiz yang menanti. huhu.. hopefully sempat stadi. haha..
wassalam~
mode : senyum teringatkan Si Kecik Rezza
p/s scholar budak JPA tak keluar lagi. mane aci budak non-scholar dah dapat elaun! huhu..
Posted by iera at 12:58 AM 4 comments
Wednesday, June 24, 2009
[updated]
salam..
huhu.. agak lama aku tak update blog ni nampaknya. hampir 2 minggu. ke dah lebih? hehe.. sangat sibuk sekarang. ataupun buat-buat sibuk seperti biasa. hehe.. sekarang jam menunjukkan 8.46am. sepatutnya aku di kelas Religions In Malaysia (RIM) tapi setelah hampir selesai bersiap tadi, sms diterima mengatakan kelas dibatalkan. hancur luluh hatiku.. hehe..
seperti yang aku katakan, aku agak sibuk sekarang. malam ni mungkin ada rehearsal untuk Annual General Meeting (AGM) ENGENIUS memandangkan esok berlangsungnya majlis yang diharapkan gilang-gemilang hendaknya. hehe.. kali ni aku bertugas sebagai sub-committee aje tapi memandangkan one of the main committees adalah kawan baik aku, cik Liza Nurain aku telah dilantik secara rasmi olehnya untuk menjadi PA a.k.a pembuat kerja yang agak banyak juga. haha.. berdasarkan nametag aku kat bawah tu, aku berada di bawah biro Special Task. kerja yang agak banyak dan memerlukan aku untuk banyak berjalan juga. huhu.. mungkin aku perlu menjadi 'penjaga pintu' AMF dan mungkin juga sebagai usher tak bertauliah bagi sesi malam esok. hehe.. 
tapi mungkin aku akan menjaga pintu sahaja. kaki aku bengkak sejak 2 hari lepas. dah agak lama kaki aku tak bengkak dengan sebegitu menonjol dan agak besar (ataupun memang aku yang selalu tak perasan kalau bengkak sebab dah biasa sakit situ sini. haha..). teringat pula pada appointment aku dengan rheumatologist di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) khamis lepas. aku diminta untuk meninggalkan segala pain killer yang aku sedang makan dan cuba untuk bertahan sendiri. huhu.. dah lama sebenarnya aku kurang makan pain killer tu tapi di saat-saat macam ni la aku teringin nak makan balik. huhu.. bengkak dan berdenyut. dan sakit. huhu..
hopefully cepatla surut bengkak tu. weekend ni mungkin aku balik Subang. bolehla berehat sikit. kebiasaanya kalau ada part of my body yang bengkak, tu tandanya aku bekerja terlalu 'keras'.. ataupun memang aku ni lembik :(
takpelah.. fighting!! hehe.. :D
wassalam~
Posted by iera at 8:45 AM 3 comments
Thursday, June 11, 2009
sedih.. :(
salam..
malam ni aku sedih. lagi.. huhu.. ape nak jadi dengan aku entah..
tadi call ma.. abah pun join sekali.. cakap kat diaorang aku nak balik rumah.. nak balik Terengganu.. aku nak lari.. aku nak berehat.. aku taknak tengok dinding kat CFS ni buat sehari dua.. seminggu ke.. sebulan pun boleh..
tadi Mak Anie sms.. Pak Zul boleh ambil aku malam esok. tapi maybe lewat sebab dia ada lectures kat Shah Alam. aku nak sangat balik Subang tapi tak nakla menyusahkan diaorang. aku jawab aku tak balik. kebetulan aku ada meeting Treasurer Council ENGENIUS malam jumaat ni.. [tapi kenyataannya aku nak balik sangat!!]
erm.. sedih..
terima kasih kepada mereka yang bertanya..
Ainun Afiqah, Nurulhuda, Nadiatul Ajeerah, Mohd Imran, Khairul Adli, Abdul Hadi, Izwan Zakaria, Farah Nur Syuhada..
aku nak sedih jugak..
sobsob..
Posted by iera at 12:37 AM 4 comments
Saturday, June 6, 2009
aku nak kawen? oh.. :p [tagged by Ad]
My Wedding’s Plan? [err..]
1. How old are you?
- 19. [Dah layak kawen ke? Huhu..]
2. Are you single?
- Yep..
3. At what age do you think you’ll get married?
- Around 25 to 30 maybe..Tapi kat Facebook quiz tu cakap aku kawen 2010. Ahaha..
4. Do you think you’ll be marrying the person you are with now?
- Huh? Sape? Hehe..
5. If not, who do you want to marry?
- Err.. Tak terfikir sesape right now. Huhu..
6. Who will be your bridesmaid or your best man?
- Huda? Kinah maybe? Huhu..
7. Do you want a garden/beach or traditional wedding?
- Depends kat my parents. Hehe..
8. Where do you plan to go for honeymoon?
- Bulan. Boleh tak? Hihi..
9. How many guest do you think you’ll invite?
- Family, friends, my parents’ friends, my friends’ friends etc etc.. Haha..
10. Will that include your exes?
- Kalau kad banyak, jemput jela.. Hihi..
11. How many layers of cake do you want?
- Depends kat wedding planner aku a.k.a ma aku (maybe). Hehe..
12. When do you want to get married? Morning or evening?
- Depends bila tok kadi free. Haha.. (ntahpapela aku jawab nih.. Hesh.. :D)
13. Name the song/tune you would like to play at your wedding?
- Depends kat wedding planner aku jugak. Hehe..
14. Do you prefer fine dining or just normal spoon/fork/ knife?
- Ikut suka diaorgla..Eheh..
15.Champagne or red wine?
- Air bawak sendiri boleh tak? Haha..
16. Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
- Depends kat husband aku la.. Huhu..
17. Money or household items?
- Both maybe.. Entah. Tak terfikir pulak..
18. How many kids would you like to have?
- Err..
19. Will your record your honeymoon in DVD and CD?
- Tak tahula.. Huhu.. (haha..)
20. I want to know their wedding plans:
- Che Aten [sebab maybe dia yang paling awal kawen. Hihi..]
- Ira Didi [maybe lepas Aten dia pulak. Hehe..]
- Huda [maybe before aku kawen. Hehe.. walaupun dia takde blog. Hehe..]
- Zaida [dia pun maybe kawen awal. Hehe..]
- Enon [aku nak tahu details pasal plan dia sebab dia dah pernah bagitau dulu.. Hehe..]
- Farah [haha.. Tak jawab tag ni kene ko beb!]
p/s kita yang merancang, Dia yang tentukan semuanya.. [maybe sebab tu aku tak pernah plan pun pasal menda camni. Segala yang aku jawab di atas adalah apa yang terlintas semata-mata dan agakan aku sahaja. Huhu.. By the way, kawen isn’t my priority till ma abah aku suh aku kawen. Haha.. Study pun tak habis lagi! Huhu.. Ingat senang-senang aje ke nak kawen?? =p]
Posted by iera at 3:53 PM 8 comments
Happy Birthday Beb! =p
salam..
memandangkan hari ni aku rasa rajin sangat nak mengupdate blog ni, so aku memutuskan tuk update 3 entry sekaligus. sebenarnya 2 lagi entry yang bergambar ni aku dah simpan as draft tapi tak tahu nak publish bila. alang-alang tengah rajin ni (hehe..) aku publish jela..
sebenarnya malam pertama aku sampai kat CFS ni, aku dengan beberapa rakan yang lain (Jiha The Mastermind, Maiza, Fa, Fara, Nad, Qila) telah merancang tuk mengejutkan Enon dengan surprise birthday party. hehe.. birthday Enon sebenarnya jatuh pada 28 Mei yang lepas tapi memandangkan kami masih bercuti waktu tu, so Nad dengan berkobar-kobarnya plan tuk party ni isnin lepas. hehe..
plannya gempak gila (sampai aku pun teragak-agak sebenarnya).. Jiha dan Maiza dikehendaki tuk mencuri laptop Enon masa dia dan Fara (rumet Enon) tengah dinner malam tu. kunci bilik pulak diambil dari Fara yang turut bersubahat. hehe.. aku pulak sebagai standby actress. haha.. Nad pulak yang belikan kek petang tu..
dalam pukul 9 malam tu, aku dikejutkan dengan panggilan dari henset Celcom Enon kat henset Maxis aku (betapa paniknya laptop dia hilang sampaikan call Maxis aku dari Celcom dia. haha.. Enon Enon.. hehe..)
Enon : weh! laptop aku hilang dowh!
Aku : hah? (sambil tahan gelak kat bilik Jiha - tempat berkumpul. hehe..)
Enon : ada spotcheck ke wei?
Aku : manede.. bilik aku okei je.. (Jiha bagi warning sebab aku dah nak gelak. haha..)
Enon : argh! nak buat spotcheck tak bagitau!
Aku : kejadahnye buat spotcheck nak bagitau. memangla kalu buat spotcheck senyap-senyap. ko ni.. (hehe..)
Enon : nak buat camne ni wei?? laptop aku tuh.. ko datang bilik aku sekarang!
Aku : ko rilek dulu. ko carik leklok.. (hehe..) okei okei..
memandangkan Jiha cakap aku ni ada potensi untuk terkantoi depan Enon, so Jiha tak bagi aku ke bilik Enon dan mintak aku hantar sms kat Enon..
sms : Non.. Ko carik dulu leklok.. Aku kene g KC (read : Khadijah College) ni.. Ad meeting ngan menbod (read : Mainboard ENGENIUS).. huhu.. [kunun-kununnye la.. hehe..]
haha.. banyak menipu betulla aku malam tu. kesian Enon kesayangan aku. huhu.. akhirnya dalam pukul 10.30 pm, kami beramai-ramai dengan kek dan laptop Enon sekali (hihi..) datang ke bilik dia yang tengah bergelap tu.. nyanyian Happy Birthday beramai-ramai dengan Enon yang muka tengah blurr dan sedih sebab laptop dia hilang. hehe.. acara yang paling aku tak suka masa Enon tiba-tiba cakap, 'kek banyak lagi ni. dah takde orang nak makan kan?' nak revenge eh beb? kiteorang pakat sapu muka masing-masing dengan kek. aduhlaa.. habis muka yang bersih ni (hihi..) lekat dengan kaler biru aising kek tu. haru betul.. hehe..
tapi tetap best. dah lama tak berkumpul since cuti intersem. kumpul pulak dapat buat parti camtu. best best.. =D
[ni kat Mid Valley before dia kena tegur dengan abang penjaga mainan tu sebab suka-suki duduk tanpa bayar. haha..]

Posted by iera at 3:21 PM 4 comments
Picnic!
salam..
ini adalah entry kesinambungan untuk hari ini.. hehe..
setelah berbulan plan (huhu.. kunun-kununnya..) kami [aku, Huda, Che Aten, Ira Didi & Zaida] akhirnya dapat bersua muka setelah berbulan menanggung rindu yang mendalam.. (ceh.. ayat poyo. haha..) tanggal 27 Mei yang lepas, kami berkumpul beramai-ramai di kawasan taman rekreasi Masjid Tengku Tengah Zaharah a.k.a Masjid Terapung.
Macam-macam cerita baru dan lama dikongsi bersama dengan bekal makanan yang sebenarnya hampir cukup untuk dibuat kenduri (hehe..).. rindu untuk bertemu dah lepas tapi kenyataannya tetap rasa tak puas hati dapat jumpa sekejap aje.. (4 jam kira sekejap aje kan? hehe..) lepas berpicnic kat situ, kami (excluding Che Aten sebab dia kena hantar baju pi dobi) ke Pantai Batu Buruk pulak.. kunun-kununnya sebab dah lama tak ke pantai tapi sampai aje kat pantai, habis posing satu pantai. hehe.. walaupun panas! hehe..
untuk korang yang akan sentiasa disayangi dan dirindui (eceh.. hehe..)..
"beh ngak jupe aritu. sampai skang rase dk puah pun jupe. kejak ngak. lenkali kite picnic lam rumah plop a.k.a wak camping due tige malam kat umah sesape. haha.. bia puah jupe sampai boring adop citer. hehe.. keep in touch eh sayams! huhu.."
Kalau tak silap, aku tengah tunjuk tong sampah kat tepi. haha.. kelakar tengok huda yang menghendap amende-ntah. hehe..

Kunun-kunun nak tiru Meteor Garden
[walaupun Terengganu tak pernah ada tahi bintang yang jatuh di malam hari ape lagi siang-siang panas camni. hehe..]
Posted by iera at 2:28 PM 7 comments
Thursday, June 4, 2009
Math III - Chelsea - Tagged by Enon! :D
salam..
tetiba rasa macam dah lama tak update blog. hehe.. padahal baru aje 2 hari lepas update kot.. by the way, hari ni aku menghabiskan lagi duit yang sedia sikit dalam CIMB Bank tu (ape lagi lam Bank Muamalat yang tinggal berape ntah. huhu..).. tapi ni bukan sesaje nk shopping ke ape. akhirnya pagi tadi aku beli jugak buku Math III yang baru tu..
sem baru ni dah tak guna buku Calculus yang kaler hijau tu. kali ni guna yang kaler biru pulak. macam buku Precalculus yang kaler merah dulu. huhu.. aku suka buku ni (walaupun beratnya bisa membuatkan aku makin kerap berulang-alik ke PPUM nanti. thanks to Madam Izan yang tak kisah kiteorang bawak ke tak buku tu. hehe..).. buku ni kaler biru dia macam logo Chelsea. ahaha.. tetiba teringat zaman aku fanatik gila kat Chelsea dulu. hehe.. sekarang still one of the biggest fan tapi takde la fanatik macam dulu. hehe..
sem baru ni jugak (Sem I 2009/2010 - sem IV aku kat sini) aku ambil 6 subjek. huhu.. agak banyak tapi aku tengok timetable aku macam kosong semacam aje. hehe..
2. Chemistry II
3. Physics Lab I
4. Chemistry Lab I
5. Computer II (Programming)
6. Religions In Malaysia (RIM)
aku rasa macam okei je. tak tahula sebab kelas pun banyak yang tak start lagi. math aje yang dah blaja few subchapters. huhu..
dan sebagai mengisi masa yang kunun-kununnya lapang ni (sebab kelas tak start lagi. hehe..) dan tambah lagi aku memang kena tagged oleh Enon kesayangan aku so aku interested nak buat tag tu hari ni. hehe..
Setakat yang aku pakai sekarang dua aje..
2. Jenama Hp anda?
Nokia 6300 [aku beli lepas Nokia 3110 Classic aku kena curik tahun lepas. huhu..]
Nokia 1600 [dah tiga tahun aku pakai. henset kedua aku. huhu.. tetap tahan lasak. hehe..]
3. Warna Hp anda?
Nokia 6300 - hitam + silver
Nokia 1600 - silver
4. Anda menggunakan talian apa?
Celcom Xpax + Hotlink
5. Apa yang anda dapat dengan menggunakan talian tersebut?
soalan camni pun ada ke.. guna tuk call orang, sms orang la..
6. Dalam sehari, berapa posen kredit anda habis?
entah. tak pernah pulak aku kira. hehe..
7. Berapa kali anda topup sebulan?
kalau yang Celcom aku tak tahu. selalunya abah yang topupkan. hehe.. kalau Hotlink selalunya sebulan sekali.. [Hotlink Youth Club kan takde expiry till 2013. hehe..]
8. Anda lebih suka mesej or call?
depends. call jela kalau kredit banyak. hehe..
9. Berapa bilangan mesej dalam inbox anda tika ini?
cukup-cukup 100. hehe..
10. Ketika anda menjawab soalan ini, siapakah penghantar mesej yang paling akhir dalam inbox anda?
Kak Jiji [blajo molek katanya. huhu..]
11. Ape perasaan anda masa baca msj tu?
perasaan : sedih + terharu.. aku rindu dia! :(
12. Apa yang anda reply kalau anda dapat mesej dari sumone yang anda tak kenal, and orang tu boleh pula tanya balik siapa anda? (sedangkan anda tak kenal pun siapa dia)
buat dek sudah.. huhu..
13. Apa yang anda buat kalau ada nombor yang tak kenal tapi misscall anda banyak kali?
biasanya aku call balik. kot la panggilan penting ke ape.. huhu.. [aku pernah kena marah ngan abang registry UTP sebab tak angkat call dia. haha..]
14. Apa perasaan anda kalau number anda diberikan kepada orang yang anda admire secara senyap2?
si pemberi nombor aku tu nak kena ngan aku kot..
15. Ape yang orang akan cakap kat anda bile anda bace mesej yang lawak?
manala aku tahu orang akan cakap ape.. lu pikirla sendiri. hehe..
16. Anda taip mesej guna jari?
dahtu takkan nak guna siku pulak..
17. Anda ada call or mesej parents anda hari ni?
baru aje call mama before buat entri ni. hehe.. abah baru masukkan topup tengah hari tadi. hihi..
18. Ape perasaan anda bile jawab soalan2 ni?
malasnya aku nak pergi meeting malam ni. tetiap malam meeting. aduh.. huhu..
19. Nyatakan 7 name orang yang anda ingin forwardkan menatang ni dengan sebab..
- Ira Didi [dah memang aku nak tag dia.. =p]
- Che Aten [suka hati aku la nak tag dia pun. hehe..]
- Zaida Farhana [dia ada 3 henset! hehe..]
- Ajeerah [dah lama dia tak buat tag rasanya. huhu..]
- Kak Dila [saja nak kenakan Kak Dila yang silap panggil nama aku aritu. hehe..]
- Sis Wafa [rindu kat dia jugak! huhu..]
- Kamu! [hehe..]
Posted by iera at 5:13 PM 7 comments
Monday, June 1, 2009
Homesick..
salam..
semalam dalam pukul 10.45pm, aku dengan budak-budak terengganu yang lain menaiki bas GATE (Gabungan Anak Terengganu) untuk pulang semula ke CFS PJ. sebak di hati tatkala sampai di perkarangan Taman Syahbandar (tempat berkumpul sebelum menaiki bas). tak tahu kenapa rasa sedih sangat nak tinggalkan terengganu kali ni..
mungkin tak cukup cuti intersem selama 2 minggu tu. mungkin juga rasa tak puas bermanja dengan famili, escpecially ma dan abah.. (hihi..) kali ni aku memang rasa sangat rapat dengan famili. cuti ni juga menyedarkan aku bahawa aku dah cukup besar, dah cukup untuk berfikir secara matang atas apa yang aku lakukan terutamanya hal yang berkaitan dengan keluarga dan diri sendiri. cuti ni juga menyedarkan aku betapa aku disayangi ramai orang. baik dari ma dan abah, tok dan tokki mahupun ahli keluarga yang lain (pakcik, makcik, sepupu-sepupu aku..) dan juga kawan-kawan aku yang menyayangi diri ini. betapa mereka mengambil berat..
syukur alhamdulillah aku dikurniakan mereka-mereka ini. terima kasih! (better aku stop typing pasal hal ni sebab mata aku dah hampir kabur dek air mata yang nak menitis)
by the way, aku di'award'kan dengan award amende-blog-ke-ntah ni by Che Aten.. aku tak faham sangat sebenarnya. hihi.. tapi takpela.. thanks Aten! hehe..
1- Copy Award Di Atas Untuk Diletakkan Di Blog Anda
2- Nyatakan 5 Fakta Menarik Tentang Si Pemberi Award Ini
- best friend yang sangat best since kt SHAMS dulu..
- pendengar dan penglipur lara yang bagus
- tapi mungkin betul, dia lebih banyak diam =p
- nama kami hampir sama, berlainan eja sahaja *wink*
- saya suka ketabahannya.. : )
3- Setiap Blogger Mestilah Menyatakan 10 Fakta Atau Hobi Diri Sendiri
- got a middle name actually - Fateen Noor Amiera (Hehe..)
- going 19 this year..
- punyai loving caring mama abah (miszing them already!) huhu..
- punyai family yang sangat sporting (miszing tok and tokki! huhu..)
- punyai lots of understanding friends..
- loves cats! (miszing jaycko too!)
- currently studying at CFS IIUM PJ
- taking basic engineering here..
- will be an engineer (InsyaAllah.. Hehe..)
- loves people around me so much!
p/s aku rasa aku dah start homesick. huhu..
4- Anda Perlu Memilih 10 Penerima Award Seterusnya Dan Describe Tentang Mereka
a) Enon [bestfriend aku kat CFS. paling sporting and cool. aku sayam dia.. hehe..]
b) Farah Izzati [orang yang sepatutnya aku anggap adik tapi dia yang jaga aku. hehe..]
c) Inchek Ad [ex-classmate aku merangkap pakwe bestfriend aku. hehe..]
d) Ahmad Akif [ex-schoolmate merangkap 'abang committee' yang baik] =p
e) Ajeerah [kakak senior aku yang banyak berjasa. huhu..]
f) Che Aten [can i tag her back? hehe..]
g) Ira Didi [the one and only 'adik' yang manja. hihi..] =p
h) Zaida Farah [bestfriend aku jugak masa kt SHAMS dulu. sayam dia juga] =)
i) Huda [can i tag her too? sebab dia takde blog. hihi..]
j) Rusydi [assistant treasurer merangkap assistant aku. hihi..] =p
Posted by iera at 8:44 PM 10 comments
Friday, May 15, 2009
Post studying..
Jesse McCartney
Staring out at the rain with a heavy heart
It's the end of the world in my mind
Then your voice pulls me back like a wake up call
I've been looking for the answer
Somewhere
I couldn't see that it was right there
But now I know what I didn't know
Because you live and breathe
Because you make me believe in myself when nobody else can help
Because you live, girl
My world has twice as many stars in the sky
It's alright, I survived, I'm alive again
Cuz of you, made it through every storm
What is life, what's the use if you're killing time
I'm so glad I found an angel
Someone
Who was there when all my hopes fell
I wanna fly, looking in your eyes
Because you live and breathe
Because you make me believe in myself when nobody else can help
Because you live, girl
My world has twice as many stars in the sky
Because you live, I live
Because you live there's a reason why
I carry on when I lose the fight
I want to give what you've given me always
Because you live and breathe
Because you make me believe in myself when nobody else can help
Because you live, girl
My world has twice as many stars in the sky
Because you live and breathe
Because you make me believe in myself when nobody else can help
Because you live, girl
My world has everything I need to survive
Because you live, I live, I live
sekarang dah pukul 3.34 am..
penat stadi math dari petang tadi..
tapi esok nak sambung lagi..
tak tahu kenapa teringat kat lagu ni..
wish me luck..
wassalam~
Posted by iera at 3:31 AM 0 comments
Sunday, May 10, 2009
Exam Week
2:30 PM
2:30 PM
Posted by iera at 9:17 PM 2 comments
Saturday, May 9, 2009
tagged zaman silam..
salam..
tak tahula kenapa aku gatal tangan sangat nak menaip blog tuk tag ni. aku kena tagged ni dah lama tapi tetiba time tengah nak exam ni baru rasa nak buat. haha.. pergi stadila weh.. exam dah dekat tuh.. huhu..
1. Anda rasa anda hot?
Hot? hot choc ke? saya suka hot choc! (tidak menjawab soalan. hehe..)
2. Upload gambar kegemaran anda.

3. Kenapa anda suka gambar ini?
Sebab gambar ni akan membuatkan saya tersenyum dan tersengih keseorangan.. hehe..
4. Bila kali terakhir makan pizza?
Ahad lepas.. kat Pizza Hut Kota Damansara.. with Mak Anie, Pak Zul and Rezza si kecik.. hehe..
5. Lagu terakhir yang anda dengar?
Askar - Wani Ardy..
6. Apa yang sedang anda buat selain daripada selesaikan tag ini?
Layan Heroes. haha.. saya fikir saya sudah agak fanatik dengannya.. ohh..
7. Selain nama sendiri, anda suka dipanggil dgn panggilan apa?
Aifa. ini bukan nama saya tapi saya suka bila 'orang tu' panggil saya begini. orang tu banyak tolong saya. rindu kamu sis.. selain Aifa, 'e'.. just e.. hanya dia seorang saja yang panggil saya begitu. sangat merindui panggilan ini. selain dari dua panggilan ini, nama panggilan biasa pun bisa aja.. hehe..
8. Tag lagi 6 orang :
- Enon!
- Farah Izzati
- Inchek Ad
- Didi (nak tag balik! bisakah? hehe..)
- Che Aten (walapupun die dah buat.. hehe..)
- Kak Ji
*Soalan seterusnya ada kaitan dengan orang-orang yang anda tag…
9. Sapa No 1 pd anda?
Kawan baik di CFS. selalu lepak bersama.. kongsi-kongsi cerita. banyak tolong time susah senang. time malas nak stadi, ini orangnya yang push saya. saya sayang awak! (sengal.. hehe..)
10. Orang nombor 3 ada hubungan dengan sesiapa?
Dengan orang no 1..? err.. (boleh ke cakap camni? hehe..)
11. Kata sesuatu berkenaan dengan orang nombor 5.
Saya teringin nak naik kereta baru kamu Che Aten.. hehe.. dia banyak menolong saya sewaktu EduCamp Interview UTP dulu. ceroboh V2 sebab nak stay sebilik dengan dia. hehe.. terima kasih kamu.. =)
12. Bagaimana pulak dengan orang nombor 4?
Saya takkan lupa tersenyum dan tersengih bila teringatkan orang no. 4. haha.. lots of memories together. oh ya.. gambar orang di kiri saya adalah dia.. hee..
13. Siapakah orang nombor 2?
Pembuli saya! hehe.. tapi senang berkawan dengannya.. banyak nasihat yang diperolehi. juga penguat semangat untuk belajar. dia bakal menjadi seorang doktor.. saya juga sayang kamu Farah.. hehe..
14. Bagi pesanan pada orang nombor 6?
Live your life happily.. Kak Ji kan tough.. Aifa sayang Kak Ji <3
Wassalam~
Posted by iera at 6:01 PM 0 comments













